DOSAGE DAN CARA PEMAKANAN PRODUK

1.  Berapakah peringkat umur yang boleh mengamalkan Al Manna & Tayebat?
Al Manna & Tayebat sesuai dan disyorkan untuk semua peringkat umur, daripada bayi yang lepas menyusu sehingga warga emas yang berumur 70 tahun keatas.

2.  Bolehkah kanak-kanak mengambil Al Manna & Tayebat?
Boleh

3.  Adakah dosage pengambilan berbeza untuk setiap umur?
Dosage pengambilan biasa adalah 3 sudu kecil untuk setiap bancuhan.  Tetapi bagi yang berusia 10 tahun kebawah dan warga emas yang berusia 70 tahun keatas, dosage yang dicadangkan adalah 2 sudu kecil untuk setiap bancuhan.

4.  Pada usia berapakah yang terbaik bagi kanak-kanak?
2 tahun keatas atau selepas tamat tempoh menyusu badan.

5.  Waktu bilakah kanak-kanak perlukan Al Manna & Tayebat?
Sesuai diambil sewaktu sarapan dan makan malam.

6.  Perlukah produk diamalkan setiap hari atau diambil ketika sakit?
Untuk penampakan kesan kesihatan yang lebih efektif, Al Manna & Tayebat harus diambil setiap hari dan boleh ditingkatan dosage mengikut keperluan.

7.  Bolehkah produk diambil bersama ubatan atau supplement yang lain?
Al Manna & Tayebat telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai makanan.  Ianya selamat dimakan bersama ubatan yang telah diberikan, kami sarankan agar mengikut sebarang aturan dan nasihat daripada doktor.  Pada pandangan kami, tidak digalakkan diambil bersama makanan tambahan yang lain.

8.  Bolehkah berhenti ubatan yang diberikan oleh Doktor dan hanya mengambil Al Manna & Tayebat?
Pengawasan kesihatan dan pengambilan  ubatan daripada Doktor adalah penting untuk dipatuhi.  Pengambilan ubatan haruslah seiring dengan pemakanan Al Manna & Tayebat sebagai makanan kesihatan tambahan kepada pesakit.  Doktor akan mengikuti rekod kesihatan pesakit dan akan menurunkan pengambilan ubatan mengikut penambahbaikan kesihatan pesakit selepas Al Manna & Tayebat bertindak baik di dalam tubuh.

9.  Bolehkah Al Manna & Tayebat dimakan ketika hamil?
Ianya selamat dan sangat disyorkan terutamanya kepada wanita hamil.  Mengandungi kalsium  yang tinggi, membantu menambahkan tenaga serta amino asid lengkap untuk pembentukan kandungan.


10.  Adakah terdapat pantang dalam pemakanan Al Manna & Tayebat?
Secara keseluruhannya, tidak terdapat sebarang pantang larang, tetapi tidak digalakkan pengambilannya untuk bayi yang masih menyusu.

11.  Perlukah saya mengambil keduanya Al Manna & Tayebat, ataupun salah satu sudah mencukupi?
Pengambilan Al Manna dan Tayebat bergantung kepada jenis penyakit yang hadapi dan tujuan pengambilan.  Sekiranya untuk kesihatan umum, boleh mengambil salah satu Al Manna atau Tayebat. Tetapi lebih disyorkan untuk mengambil keduanya bagi pesakit kronik atau mengikut nasihat daripada pakar Al Manna & Tayebat kami.

12.  Berapakah kuantiti air yang disyorkan untuk setiap bancuhan?
Al Manna & Tayebat boleh dibancuh dengan seberapa banyak air bergantung dengan jumlah air yang boleh diminum oleh sesorang. Cadangan bancuhan adalah tuangkan 250 mL air kedalam gelas yang berisi 3 sudu kecil Al Manna atau Tayebat.

13.  Bagaimanakah jika pesakit tidak dapat meminum air yang banyak? 
Manusia disarankan untuk mengambil 8 gelas sehari, jika terdapat larangan dari Doktor untuk mengurangkan pengambilan air akibat sakit buah pinggang atau sakit jantung, memadai untuk ditambah sedikit air kepada Al Manna & Tayebat dan membentuk gumpalan cairan.  Sekiranya pesakit buah pinggang, tidak dapat meminum  kuantiti air yang banyak, 3 sudu Al Manna dan 3 sudu Tayebat boleh siap dibancuh dalam 500 mL (botol) untuk diminum sepanjang hari.

14.  Bagaimanakah cara bancuhan yang betul dan cepat?
Sediakan 2 gelas, satu gelas kering diisi dengan serbuk Al Manna atau Tayebat dan satu gelas yang berisi 250 mL air.  Tuangkan air kedalam gelas yang berisi serbuk Al Manna atau Tayebat dari jarak  yang tinggi seperti membuat teh tarik.  Kacaukan minuman tersebut dan boleh terus diminum.

15. Bolehkah dicampurkan dengan air panas?
Al Manna & Tayebat seharusnya dibancuh dengan air sejuk, juga boleh disediakan dengan air panas mahupun sejuk, kerana kandungan Prebiotik adalah tahan kepada haba, namun amino asid mungkin akan musnah akibat haba.

16.  Bolehkah Al Manna dan Tayebat dicampurkan sekali? 
Ya, Al Manna dan Tayebat boleh dicampurkan sekali dan dipanggil 'Lifewater'.

17.  Berapa lama Al Manna & Tayebat yang sudah dibancuh boleh disimpan?
Al Manna & Tayebat yang telah dibancuh tahan untuk satu hari, dan boleh bertahan lebih dari satu hari jika sekiranya disimpan didalam peti sejuk. 
  

No comments:

Post a Comment